Kredit : medium.com |
Assalamualaikum dan hai semua. 😇 Saya akan sambung penulisan saya berkaitan "Tips Sebelum Temuduga" untuk hantaran kali ini.
6 ✒ Rancang perjalanan ke tempat temuduga.
Pastikan kita tahu tempoh perjalanan (berapa minit/jam) dan cuba pergi dahulu ke lokasi tersebut sebelum hari temuduga untuk mengelakkan daripada lambat dan tersesat pada hari temuduga.
Rancang perjalanan untuk tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sesi temuduga bermula supaya tidak mengganggu "mood" kita.
"Be early. On time is considered late"
7 ✒ Bersedia untuk sebarang pembentangan.
Mungkin tidak banyak temuduga yang memerlukan pembentangan tetapi beberapa temuduga memang wajib ada pembentangan terutamanya untuk temuduga guru.
Calon temuduga guru selalunya diarahkan untuk membuat "mock teaching" (bersedia dengan sebarang tajuk mudah jika tidak diberi tajuk khusus). Untuk temuduga jurujual pula, selalunya kita akan diminta untuk cuba mempromosikan barang berkaitan syarikat tersebut.
Kredit : thevocket.com |
Jadi, pelajari tentang produk-produk, isu atau permasalahan berkaitan syarikat tu penting. Saya pernah menyertai temuduga 'admin' untuk syarikat jualan telefon. Sebelum temuduga, saya "study" tentang telefon saya sendiri sahaja. Saya fokuskan berkenaan harga pasaran, RAM, memori internal, jumlah kamera, kapasiti bateri, daya tahan bateri yang bagus (berapa lama masa diambil untuk bateri habis - mengikut kajian), USB Type-C , "fast charging" (sebut berapa lama cas berbanding telefon lain).
8 ✒ Sediakan barang yang perlu dibawa semasa temuduga.
💗 Paling kurang dua batang pen (kot-kot yang sebatang tu tiba-tiba habis dakwat).
💗 Kalau untuk jawatan yang melibatkan kemahiran, pastikan bawa hasil projek yang pernah dibuat sebagai contoh untuk jawatan "designer" (web/poster dll).
💗Jika perlu membentang/mock teaching (untuk guru), bawa alatan berkaitan. Jangan lupa masukkan senarai ni dalam "checklist" temuduga kita ya. Takut tertinggal semasa hari temuduga. Contoh :
- Kertas/ kertas memo
- Pelekat serba guna
- 'Marker'
- Nota cantik yang pernah kita sediakan
Kredit : kerjakini.com |
9 ✒ Menyediakan pakaian untuk sesi temuduga.
Gosok siap-siap sebelum hari temuduga pakaian yang akan dipakai nanti. kasut pun lap bersih ya. Berikut pakaian wajib :
Lelaki :
- Berkemeja (warna cerah dan tidak bercorak)
- Bertali leher formal
- Bersut (Tidak wajib tetapi sangat digalakkan dan pastikan saiz sesuai)
- Seluar berwarna gelap (sebaiknya hitam)
- Kasut bertutup dan stoking berwarna gelap (sebaiknya hitam)
- Jam sebagai aksesori (warna gelap)
- Pakai tag nama (jika rasa perlu - temuduga guru)
Perempuan :
- Gaya tudung jangan unik, pelik dan terjuntai-juntai
- Berbaju kurung (jangan melebihi tiga warna, jangan ketat dan lebih baik jika "plain")
- Kasut bertutup (sebaiknya hitam) dan berstokin (berwarna kulit).
- Akesori jangan banyak sangat (cukup jam tangan dan cincin sahaja)
- Pakai tag nama (jika rasa perlu)
- Pastikan pakaian bersih dan kemas
- Pastikan kuku pendek dan bersih (jangan berwarna-warna)
- Pastikan badan tidak berbau (pakai 'deodorant')
- Untuk lelaki, rambut jangan serabai.
- Untuk wanita, solekan jangan tebal sangat ya
10 ✒ Banyakkan doa dan selawat sebelum masuk ke bilik temuduga.
Saya selalunya amalkan bacaan ni untuk hilangkan gemuruh saya selain daripada berselawat :
Kredit : quran-hd.com |
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami". (Al-Kahfi : 10)
Selain itu, saya juga mengulang baca doa ini :
Kredit : freepikpsd.com |
Maksudnya : "Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada kami dalam apa yang telah Engkau rezkikan untuk kami dan peliharalah kami daripada seksa api neraka".
Eh, tapi kan ini doa makan? Sebenarnya boleh sahaja kita baca doa ini bila-bila masa. Doa ini tidak semestinya dikhususkan untuk makan sahaja. Mengikut sunnah, untuk makan memadai dengan bacaan basmalah sahaja. 😉 Wallahu a'lam.
Alhamdulillah, tamat juga perkongsian saya berkenaan "Tips Sebelum Temuduga". Semoga bermanfaat ya kawan-kawan. 💕
💗 Baca juga hantaran berkaitan di sini :
- "Tips Sebelum Temuduga (Bahagian 1)"
- "Maklum Balas Terhadap Jemputan Temuduga"
- "Tips Semasa Temuduga"
- "Tips Selepas Temuduga"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan