Kredit : eratuku.com |
Assalamualaikum rakan-rakan semua. 😊 Hari ini, saya akan senaraikan beberapa soalan yang biasa ditanya semasa sesi temuduga.
1 ✒ Jarak dari rumah dan kenderaan ke tempat kerja?
Jika anda belum ada kenderaan sendiri, anda boleh jujur (rumah anda dekat, abang/ayah kerja berdekatan dan boleh hantarkan). Saya dulu cakap saya boleh jalan ja (sebab dekat sangat dengan syarikat tu).
2 ✒ Kenapa nak kerja di syarikat ini?
Boleh kaitkan minat anda dengan bidang syarikat. Sebagai contoh untuk temuduga guru swasta : "Saya sangat meminati bidang pendidikan dan saya dapati sekolah ini sangat menekankan pendidikan abad ke-21 yang mana sangat menarik minat saya. Saya suka belajar dan mencari pengalaman dalam pendidikan era baharu."
Kredit : vecteezy.com |
3 ✒ Apa yang dibuat semasa menganggur?
Yang ni jangan jawab kita rehat-rehat sahaja sepanjang menganggur tu kalaupun kita memang lagi banyak rehat.
Boleh cakap : "Saya memohon kerja-kerja kosong sambil membantu keluarga di rumah dan di kedai ayah (jika ada)/ sambil saya mengambil masa untuk mengajar adik-adik saya yang masih bersekolah memandangkan adik-adik saya tidak ke mana-mana pusat tuisyen (kalau tak ada adik, janganla) 😶".
4 ✒ Anda tidak berpengalaman bekerja dalam bidang ini, kenapa anda ingin bertukar ke bidang ini?
Jika tidak pernah bekerja dalam bidang tersebut, sebagai contoh anda dari bidang Pengajian Islam tetapi memohon jawatan dalam bidang jualan, anda boleh jawab :
"Saya suka berinteraksi dengan orang ramai dan bidang jualan ini membolehkan saya untuk mengenali lebih ramai orang malah dapat belajar banyak benda lagi. Lagipun, zaman belajar dulu, saya banyak terlibat dengan program-program kemasyarakatan yang melibatkan orang ramai. Untuk jualan, mungkin bidangnya sedikit berbeza tetapi saya berminat untuk belajar."
5 ✒ Apa peranan anda di tempat kerja terdahulu ? (jika ada pengalaman)
Kalau banyak sangat, senaraikan peranan yang melibatkan jawatan yang ingin dimohon sahaja. (tambah ayat : cuma saya juga pernah menawarkan diri/melaksanakan beberapa skop kerja lagi memandangkan saya nak mengumpul sebanyak pengalaman yang boleh).
Kalau majikan berminat, dia akan tanya la perinciannya, apa lagi skop-skop tu, haa bila ditanya baru cerita.
6 ✒ Apa cabaran yang anda hadapi di tempat kerja sebelum ini?
Walaupun majikan tak tanya "bagaimana cara anda menanganinya?", terus sebut ja, apa cabaran dan setiap cabaran tu bagaimana anda uruskan (senaraikan 2 atau 3 sahaja). Contoh untuk guru:
"Sebelum ini, anak-anak murid saya agak sukar untuk menerima arahan dan selalu bising dalam kelas."
"Jadi, saya mula menyediakan sistem merit dan jelaskan pada murid-murid, siapa yang dapat banyak bintang (jaga perangai, siapkan tugasan), cikgu bagi hadiah. Saya berpandangan bahawa anak-anak pada zaman ini sukar menerima denda fizikal, jadi saya bagi denda psikologi tetapi tidak memalukan. Mereka akan terkesan jika rakan-rakan dapat dan mereka tidak dapat. jadi, mereka akan baiki diri dan alhamdulillah kaedah tu berkesan."
7 ✒ Kenapa anda ingin bertukar tempat kerja/berhenti/dipecat daripada syarikat lama?
Kalau berhenti kerana suasana toksik, jangan jujur sangat. Boleh sebut : "Selagi berpeluang, saya ingin mencari sebanyak pengalaman yang boleh dalam bidang ini. Syarikat berbeza, cara kerja dan pelaksanaan kerja mungkin juga berbeza"
Kalau dipecat (jarang sekali berlaku), jujur sahaja. Boleh jawab macamni : "Saya ada membuat kesalahan ketika saya menyiapkan ............ dan kesalahan itu menyebabkan sedikit kerugian kepada syarikat. Saya sedikit terlambat sedar, tetapi saya dah jumpa cara menangani masalah tersebut, sepatutnya saya buat ..................... Jika diberi peluang untuk perbaikinya, saya akan buat yang terbaik."
8 ✒ Apa yang anda tahu tentang syarikat?
Yang ni saya dah ada jelaskan apa yang perlu diketahui tentang syarikat dalam hantaran saya sebelum ini di sini :
Kredit : lernify.com |
9 ✒ Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
Jujur sahaja, antaranya dengan meluangkan masa terluang dengan hobi (lebih baik jika hobi kita bersesuaian dengan bidang kerja kita).
Boleh cuba jawab macamni : "Lain orang lain cara tangani tekanan kan, untuk saya sendiri, saya jenis yang tidak mudah stress, kalau stress pun kejap je. Ada masa terluang, saya akan melukis. Kadang-kadang lukisan-lukisan saya tu saya olah menjadi latar belakang untuk buat nota murid-murid saya." (sambil menyelam minum air).
10 ✒ Apa minat/hobi/subjek yang diminati anda?
Sebolehnya sebut hobi/minat yang berkaitan dengan kerja. Contoh : "saya suka mendengar lagu. Ada masanya, saya cuba menggunakan lagu sebagai salah satu teknik pengajaran saya."
"Contoh : saya meminta murid-murid untuk memilih perkataan-perkataan yang tidak difahami daripada lagu Bahasa Inggeris dan mencari maksudnya daripada kamus". Cuba olah dan kaitkan dengan kerja kita (kalau boleh).
11 ✒ Berapa gaji yang anda nak/ 'expected salary"?
Kena cuba 'search' gaji yang sesuai dengan bidang kerja kita, tambahan lagi jika kita masih "fresh graduate", takut berlebihan ekspektasi kita. Saya pernah dengar orang jawab macamni :
"'Expected salary" saya cuma mengikut gaji minimum yang ditetapkan kerajaan memandangkan saya masih terlalu baru dalam bidang ini".
Kredit : Maukerja.my |
12 ✒ Apa kemahiran/pengetahuan yang perlu ada untuk memegang jawatan ini?
Kena banyak "study" bidang berkaitan jawatan yang dimohon lah ya.
13 ✒ Anda memohon kerja di syarikat mana lagi dan jika anda dipilih untuk kedua-dua syarikat, yang mana anda pilih?
Tak bagi perincian pun takpa kecuali jika ditanya nama syarikat. Jawab begini saja :
"Saya ada memohon jawatan di beberapa tempat lagi yang menawarkan jawatan guru cuma saya paling berminat dengan sekolah ini kerana memberi penekanan kepada kaedah pengajaran terkini.". Hurai sajalah. Seboleh mungkin, cari hujah untuk puji dan cakap syarikat ini yang terbaik.
14 ✒ Apa perancangan masa depan jangka pendek dan jangka panjang?
Ambil visi dan misi syarikat, cuba sesuaikan dengan minat dan misi anda serta jelaskan sedikit caranya.
Contoh : "Saya ingin menjadi guru yang mahir dalam mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke 21 dalam masa 5 hingga 10 tahun lagi. Sekarang, saya sedang belajar untuk menyediakan video animasi sendiri untuk nota-nota pembelajaran murid-murid saya. Dalam jangka masa beberapa tahun lagi, saya merancang untuk mewujudkan "channel" saya sendiri di Youtube dan Telegram untuk bahan-bahan bantu mengajar yang saya reka sendiri."
15 ✒ Apa kelebihan dan kekurangan anda?
Kelebihan ni sedikit mudah la sebenarnya sebab kita boleh goreng tentang : "komitmen tinggi, suka belajar benda baru, "fast learner", pandai bergerak dalam pasukan, buat kerja tersusun dan sebagainya". Lepas sebut isi tu, huraila buktinya sekali daripada pengalaman zaman belajar atau praktikal dulu kalau belum pernah bekerja sebelumnya.
Untuk kekurangan, kena sangat hati-hati. Sebut kekurangan, kena ada cara perbaikinya sekali. Contoh paling mudah :
- Kekurangan : Belum pernah ada pengalaman bekerja di bidang ini. Cara tangani : tetapi saya suka belajar benda baru dan saya agak cepat belajar contohnya ....... (selit dengan kelebihan dan huraian).
- Kekurangan : Sedikit pelupa. Cara tangani : Setiap kali saya dapat tugasan atau sebarang arahan, saya terbiasa membuat nota dan menyediakan "To-do-list" untuk memastikan tiada tugasan yang saya tertinggal. Saya juga akan cuba menyiapkan kerja secepat mungkin sebelum saya terlupa.
16 ✒ Kenapa kami patut pilih anda bekerja di syarikat ini?
Yang ni, ambik je daripada senarai kelebihan yang anda dah senaraikan. Contoh :
"Saya merasakan saya layak dipilih kerana saya seorang yang boleh bekerja di bawah tekanan. Semasa di universiti, saya pernah diminta oleh pensyarah untuk menyediakan ............... bagi program terdekat di waktu-waktu akhir dan alhamdulillah saya berjaya menyelesaikannya dengan baik".
17 ✒ Adakah anda okay jika anda akan ditempatkan di cawangan syarikat yang lain?
Yang ni jujur sahaja mengikut kemampuan ya.
18 ✒ Anda boleh bekerja lebih masa?
Ini pun jujurlah. Mungkin boleh jawab : "Saya seorang yang sentiasa berusaha menyelesaikan tugasan mengikut waktu tetapi jika perlu, saya boleh bekerja lebih masa." 😬
19 ✒ Anda tahu/kenal tak kawasan/daerah-daerah di negeri sekian-sekian?
☝Jika kerja anda melibatkan kerja-kerja penghantaran dan pemantauan kawasan.
20 ✒ Apa yang boleh anda kongsi tentang "Final Year Project (FYP)" anda?
Jika kerja melibatkan "research", ulangkaji lah FYP anda ya terutamanya yang melibatkan hasil kajian dan cadangan penambahbaikan.
21 ✒ Jika ada rakan sekerja anda yang sangat bermasalah, bagaimana cara anda menguruskannya?
"Jika dia bermasalah dari sudut kurang komitmen dan tidak menyelesaikan tugasan pada waktu yang ditetapkan berkali-kali walaupun setelah ditegur.. Setakat kemampuan saya, saya akan mencadangkan kepada pihak atasan untuk membuat sistem baru."
"Contoh : Setiap pekerja perlu mengemaskini maklumat penghantaran tugasan dalam "drive"/sistem syarikat (perlu dikepilkan bersama bukti) pada masa yang ditetapkan. Jika tidak, pekerja akan dipotong merit dan seandainya merit kurang daripada 50, bonus tahunan akan dipotong sebanyak 5% ke atas mengikut kesalahan.
22 ✒ Jika ada rakan dalam 'team' yang sama 'down', macam mana anda nak bantu dia?
"Saya akan dekati dia dan kenal pasti masalahnya dulu. Kemudian, jika masalahnya kerana kurang tahu, saya akan bantu dengan cara mengajar. Jika masalahnya kerana masalah lain, ada yang saya fikir perlu utarakan kepada pihak atasan untuk bantuan, maka saya akan buat. Pelbagai masalah yang mungkin ada, tapi bantuan paling kecil yang boleh saya buat adalah menjadi pendengar dan pemberi cadangan."
23 ✒ Bagaimana cara anda atasi masalah apabila memegang jawatan ini nanti?
Jika berkaitan guru, mungkin soalannya begini : "Kebanyakan murid bosan untuk belajar tentang sirah, bagaimana cara anda untuk menarik minat murid-murid?".
Contoh jawapan : "Saya akan membuat aktiviti dalam bentuk permainan untuk memastikan murid-murid menumpukan perhatian dan mengingatinya." Senaraikan contoh permainan.
24 ✒ Apa isu semasa yang anda tahu berkaitan bidang syarikat?
Jika untuk jawatan guru, ambil tahu isu-isu berkaitan pendidikan abad ke-21, cabaran pembelajaran pada musim Covid dan sebagainya.
Kalau melibatkan kerja yang ada keperluan untuk data, ambil tahu tentang Revolusi Industri 4.0
Ambil tahu isu-isu semasa yang umum ya.
25 ✒ Ada apa-apa soalan tak untuk ditanya kepada kami?
Yang ni akan ditanya di hujung sesi temuduga. Jangan jawab macamni : "Saya tiada soalan". Pastikan senaraikan paling kurang 5 soalan yang anda nak tanya majikan, contohnya :
- Apakah perincian skop kerja jawatan ini?
- Apakah bantuan yang akan diberikan oleh syarikat untuk memastikan pekerja dapat mencapai target?
- Boleh saya tahu bagaimana budaya kerja di syarikat ini?
- Adakah syarikat ini ada menyediakan latihan atau sebarang kursus untuk memastikan pekerja sentiasa belajar bagi meningkatkan potensi diri?
- Bagaimana cara pihak tuan memberikan makluman bagi calon-calon yang diterima bekerja di sini?
Tapi janganlah tanya semua ya. Nanti majikan serabut pulak haha. Cukup satu/dua je lah. Senarai banyak-banyak tu kot-kot soalan-soalan kita dah diambil orang terlebih dulu kan.
Sekian sahaja coretan panjang saya hari ini. Semoga bermanfaat. 🌹
💗 Baca juga hantaran berkaitan di sini :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan