Kredit : medium.com |
Assalamualaikum, kawan-kawan 😉
Seperti yang telah dijanjikan, pada hantaran kali ini saya akan kongsikan "Tips Sebelum Menghadapi Temuduga Kerja".
1 ✒ Cari maklumat tentang syarikat.
Antara maklumat yang perlu kita tahu adalah :
- Nama penuh syarikat (jangan sampai tersilap ya)
- Nama pengusaha / pengasas
- Nama orang yang uruskan sesi temuduga kita (yang memberi makluman temuduga)
- Sejarah ringkas syarikat (dibina tahun berapa)
- Cawangan-cawangan yang ada bawah naungan syarikat
- Produk-produk keluaran syarikat (jika berkaitan)
- Visi dan misi syarikat (cuba kaitkan dengan misi kita menyertai syarikat tersebut)
- Pencapaian terbaru syarikat (maklumat tambahan)
Kredit : temudugaspa8i.com |
2 ✒ Sediakan segala dokumen yang diperlukan.
Saya telah menulis secara terperinci tentang dokumen-dokumen yang diperlukan dan cara susunan fail untuk temuduga pada hantaran lain. Kawan-kawan boleh tekan pautan di bawah untuk membacanya :
Cara Susunan Dokumen Penting Untuk Temuduga
3 ✒ Jangka soalan yang akan ditanya.
Untuk bahagian ini pun saya dah buat hantaran khusus. Saya senaraikan soalan yamg biasa ditanya berserta contoh jawapan. Rakan-rakan boleh rujuk di sini :
25 Soalan Temuduga Yang Biasa Ditanya
4 ✒ Buat persediaan untuk perkenalkan diri.
Untuk temuduga berkaitan guru Agama/Bahasa Arab, bersedia dalam Bahasa Arab. Untuk kebanyakan temuduga bagi jawatan profesional, selalunya dalam bahasa Inggeris (Jika laman web syarikat menggunakan Bahasa Inggeris, pastikan kita buat persediaan dalam bahasa Inggeris).
Kredit : therohani.com |
Apabila disuruh "perkenalkan diri anda", jangan bercerita panjang lebar. Antara perkara penting untuk diberitahu ialah :
- Nama panggilan (nama pendek. Bukan nama manja)
- Umur
- Bidang pembelajaran dan di mana (nama universiti/kolej/sekolah)
- Pengalaman bekerja (jawatan dan nama syarikat) - jika ada
- Pengalaman praktikal/latihan amali (jika belum ada mana-mana pengalaman bekerja)
- Pengalaman menguruskan/menyertai apa-apa program (jika pengalaman praktikal pun tiada)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan