Assalamualaikum rakan-rakan pembaca sekalian.
Pada hantaran kali ini, saya akan fokuskan perkongsian saya kepada "Persediaan Sebelum Memohon Jawatan Kosong." π
SEBELUM MEMOHON JAWATAN KOSONG
1 ✒ Menyediakan resume yang menarik.
Berikut saya kongsikan contoh resume dan "cover letter" yang pernah saya buat.
Resume :
|
Resume saya |
Resume ini saya sediakan dengan bantuan daripada kawan saya. Terima kasih yang tak terhingga untuk bantuan yang sangat besar ini. Saya gunakan resume ini untuk kesemua permohonan kerja saya.
Resume saya ini pula mengandungi beberapa bahagian yang kurang perlu seperti bahagian objektif yang berjela panjangnya, latihan industri dan pencapaian akademik.
Saya terpaksa masukkan juga maklumat-maklumat tersebut supaya resume saya nampak penuh memandangkan sebelum ini saya tidak pernah ada sebarang pengalaman kerja. Saya pasti resume rakan-rakan lebih kemas dan padat. π
Sebelum saya sambung penulisan ini, jika berminat, kawan-kawan boleh tekan pautan di bawah untuk templat resume (templat resume yang saya pernah beli) π
Apa yang saya pernah baca berkenaan resume, antara perkara penting yang perlu ditekankan berkenaan resume ialah :
❤Wajib ada gambar dan gambar mestilah formal (seperti gambar pasport). Gambar boleh diambil sendiri asalkan tidak terlihat seperti gambar swafoto (muka ataupun badan kelihatan senget, kepala tak nampak penuh).
❤Resume perlu menarik dan berbentuk infografik (saya punya tak infografik, belum belajar lagi. Cuma saya ada kongsi templat di atas sana. Kawan-kawan juga boleh tengok banyak lagi templat secara atas talian rasanya.
❤Warna dalam resume jangan sampai lebih daripada tiga warna dan jangan sampai hitam putih sahaja.
❤Alamat emel yang ditulis dalam resume mestilah emel formal (emel dengan nama sendiri). Contoh : amiraaisya@gmail.com (tidak berkenaan dengan mana-mana kenalan saya atau diri sendiri).
Dilarang menggunakan alamat emel seperti ini :
- amiracomel@gmail.com /
- sakuranaruto@gmail.com.
❤Sangat bagus jika ada bahagian "rujukan" (bekas guru/ pensyarah/ majikan lama) tapi jangan lupa maklumkan dulu pada mereka sebelum kita masukkan maklumat mereka dalam resume. Antara maklumat berkaitan rujukan ialah :
✔ Nama orang rujukan
✔ Profesion
✔ Di mana tempat kerja mereka (nama penuh syarikat)
✔ Nombor telefon orang rujukan
❤Saiz tulisan (font) yang digunakan mestilah konsisten. Jangan terlalu banyak saiz tulisan yang berbesa-beza (memadai dua saiz sahaja).
❤ Jumlah perkataan-perkataan yang dihitamkan (bold) tidak boleh terlalu banyak dalam resume.
❤Sekiranya CGPA akhir kita kurang memberangsangkan, kalau boleh elakkan letak dalam resume.
Ini boleh mengelakkan majikan daripada berhenti tengok resume kita setakat itu saja. Sekurang-kurangnya kita boleh "delay" kan majikan supaya baca pencapaian-pencapaian kita yang lain.
Itu sahaja perkongsian saya berkenaan resume. Panjang betul satu isi π
Maaf ya kawan-kawan. Kita teruskan ya..
2 ✒ Menyediakan "cover letter" untuk dihantar bersama resume.
|
"Cover Letter" saya |
Jika diperhatikan, banyak kekurangan yang ada dalam "cover letter" saya tu. Untuk pengetahuan kawan-kawan, 36 permohonan jawatan yang pernah saya buat adalah melalui atas talian, hanya untuk permohonan KAFA sahaja saya hantar borang ke Pejabat Pendidikan Daerah.
Kebanyakan permohonan saya pula banyak yang dibuat melalui penghantaran emel. Jadi, memang lebih kurang begini sahajalah "cover letter" yang saya gunakan. Saya cuma sunting (edit) bahagian jawatan yang saya mohon, nama syarikat dan pengalaman berkaitan.
Cuma, seperti yang saya beritahu di atas, banyak kekurangan "cover letter" saya ini. Antara yang saya sendiri nampak :
❌ Tiada alamat pemohon dan alamat syarikat yang dipohon (Ini kan surat rasmi, patutnya ada).
❌ Terdapat kesalahan ejaan (Kesalahan yang tidak dapat dimaafkan sepatutnya).
❌ Tiada bahagian "Yang benar,.. nama pemohon" di bahagian surat paling bawah.
Saya bernasib baik kerana saya tetap dipanggil untuk temuduga oleh syarikat yang saya mohon dengan menggunakan "cover letter" di atas. Namun begitu, boleh jadi saya tidak dipanggil temuduga untuk 27 jawatan lagi disebabkan kekurangan-kekurangan sebegini juga.
π₯ Sebelum terlupa, saya nak ingatkan, emel yang kita guna untuk menghantar resume atau apa-apa dokumen berkenaan diri mestilah emel rasmi kita seperti yang telah saya sebut di atas (emel yang ditulis dalam resume).
Ada juga permohonan yang perlu dibuat melalui "WhatsApp", saya turut menggunakan cara yang sama. Saya tidak mulakan penghantaran mesej dengan "Ada lagi tak kerja kosong?", "Boleh ke saya nak memohon...".
Saya akan hantar "cover letter" yang sama saya hantar ke emel-emel untuk permohonan lain seperti berikut :
Oh ya, sama ada untuk menghantar "cover letter" ataupun resume dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, terpulang pada bahasa yang digunakan dalam iklan kerja.
Jika iklan jawatan kosong tersebut dalam Bahasa Melayu, hantar resume dan "cover letter" dalam Bahasa Melayu. Sediakan siap-siap "template" surat kita dan resume dalam dua bahasa.
Di sini kawan-kawan boleh muat turun contoh "cover letter" π
π "Cover letter" Bahasa Melayu
π English Cover Letter
3 ✒ Buat salinan dokumen-dokumen penting (paling kurang lima salinan - jika takut membazir).
Lebih baik jika kita fotostat / buat salinan dokumen-dokumen penting awal-awal. Lepastu terus dapatkan pengesahan. Nanti. dah dapat jemputan temuduga takla kita baru kalut nak pergi 'cybercafe' semua tu.
Bahagian persediaan sebelum memohon jawatan kosong selesai. Saya juga telah berkongsi cara berkesan untuk mencari kerja kosong sebelum ini. Untuk hantaran akan datang, saya akan berkongsi tentang "Tips Sebelum Menghadapi Temuduga Kerja".
Terima kasih sudi membaca π
π Baca juga hantaran berkaitan di sini :
Terbaik terima kasih atas informasi mengenai cover letter dan resume ini, syukran jazilanππ..
BalasPadamTerima kasih kembali Nabil atas kesudian membaca perkongsianku π Baarakallahu fiik sahabat.
Padam