Pengikut

Jumaat, 2 Oktober 2020

Karya Pagi : "Nasib Tidak Berharta"

 


سستڠه اورڠ مڠڠݢڤ سموا يڠ تيدق برهرتا ايت دسببکن کمالسن مريک سنديري دان يڠ کايا ايت سمواڽ برجاي اتس اوسها کرس مريک سنديري. اڤابيلا ممندڠ اورڠ ميسکين ، يڠ ترڤاڤر دميندا،


"اينله عقيبة مالس بلاجر، مالس بکرجا دان مالس منچاري ڤلواڠ."


کيت ترلوڤا بهاوا چرلق يڠ کيت داڤت تيدق سام دڠن مريک. کيت موڠکين لبيه موده ناءيق کڤونچق اتس سبب رواڠ يڠ اد، تتاڤي مريک موڠکين تيدق. اوجين کيت دان مريک تيدق سام. ڤلواڠ يڠ مريک داڤت جوݢا بربياذا دڠن کيت. تيدق دنافيکن، يڠ ميسکين دان سوکا مڠمبيل کسمڤتن ايت تيدق جوݢا سديکيت، تتاڤي لبيه راماي لاݢي يڠ ممبنتيڠ تولڠ سهابيس تناݢ. برهاتي-هاتيله دڠن سودوت ڤندڠ دان کات-کات کيت. کيت تياد دتمڤت مريک.


Sesetengah orang menganggap semua yang tidak berharta itu disebabkan kemalasan mereka sendiri dan yang kaya itu semuanya berjaya atas usaha keras mereka sendiri. Apabila memandang orang miskin, yang terpapar pada minda,


"Inilah akibat malas belajar, malas bekerja dan malas mencari peluang."


Kita terlupa bahawa cerlak yang kita dapat tidak sama dengan mereka. Kita mungkin lebih mudah naik ke puncak atas sebab ruang yang ada, tetapi mereka mungkin tidak. Ujian kita dan mereka tidak sama. Peluang yang mereka dapat juga berbeza dengan kita. Tidak dinafikan, yang miskin dan suka mengambil kesempatan itu tidak juga sedikit, tetapi lebih ramai lagi yang membanting tulang sehabis tenaga. Berhati-hatilah dengan sudut pandang dan kata-kata kita. Kita tiada di tempat mereka.


Salam Jumaat 💕 Hari Jumaat Hari Jawi.



2 ulasan:

"Hidden" Hantaran

  Assalamualaikum, rakan-rakan. Hari ini saya akan berkongsi tentang "hidden" hantaran. Masih ada yang tidak tahu, apa maksud ...