Pengikut

Rabu, 30 September 2020

Karya Pagi : "Tenang"


 


Dalam kepayahan hidup, terkadang ujian itu tak mampu diungkap pada insan. Di saat kita memilih untuk merenung keindahan ciptaan-Nya, Sang Khaliq menghadiahkan ketenangan.

Biar bibirmu diam tak terkata, biar tiada suara keluar untuk bercerita pada-Nya, Allah ganjarkan rasa seolah-olah kita baru meluahan rasa.

Sekelip mata Allah mampu tukarkan mata yang berkaca kerana kesedihan menjadi permata gemerlapan dek ketenangan tiada tandingan. Allah, pemilik segalanya.



2 ulasan:

"Hidden" Hantaran

  Assalamualaikum, rakan-rakan. Hari ini saya akan berkongsi tentang "hidden" hantaran. Masih ada yang tidak tahu, apa maksud &quo...